TANDA-TANDA GEMPA BUMI

Menurut sumnber, Jepun memiliki lebih 80 peratus gunung berapi.10 peratus daripada kesemua gunung berapi di dunia. Hebatkan!!!!


TANDA-TANDA GEMPA BUMI

Kata orang, kalau ternampak ular pada musim sejuk akan berlaku... musibah.
~ Ular sepatutnya berhibernasi pada musim sejuk.

Air dalam telaga semakin cetek dan keruh.

. anjing melalak pada waktu malam.

HAIWAN BOLEH MERAMAL GEMPA BUMI

Merpati dan gagak berterbangan secara tetiba di langit..
. Dalam  kelompok yg amat besar!
. Haiwan di dalam sangkar cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri.

TINGKAH LAKU LUAR BIASA IKAN

Ikan air masin

~ Sebelum gempa bumi besar melanda bandar Kobe pada tahun1995,para nelayan memperolehi habuan besar dan ikan dari laut dalam juga mudah didapati di laut cetek.

Kemunculan ikan yang pelik di laut.
Sebelum gempa bumi,habuan nalayan meningkat dua hingga 10 kali ganda.

Ikan air tawar

~ Habitat ikan air tawar ialah sungai dan kolam.Contohnya ikan keli memang peka terhadap kejadian gempa bumi.Sebelum berlaku kejadian tersebut, ada yang ternampak ikan ini seperti ketakutan dan melompat-lompat dari dalam air.

.  Ikan keli yang melompat-lompat keluar dari air atau meunjukkan tingkah laku pelik biasanya menandakan gempa bumi bakal berlaku.
. Semakin ganas peri laku ikan keli, semakin hampir gempa bumi akan berlaku.

TINGKAH LAKU LUAR BIASA HAIWAN REPTILIA

Mengikut kajian setakat ini, haiwan pertama yang dapat merasai malapetaka bakal melanda ialah ular.Ini disebabkan habitat ular yang berada di bawah tanah dapat merasai perubahan pada kerak bumi, kemunculan gas sulfur dioksida, gelombang elektromagnetik dan fenomena lain.Sungguhpun pada musim sejuk, ular tersebut tetap merangkak keluar untuk mengelakkan ancaman.

Contohnya, sehari sebelum gempa bumi melan Jepun pada tahun 1855, terdapat banyak ular berkeliaran  di merata tempat.Malah banyak ditemui mati kesejukan sebelum gempa bumi melanda Romania pada tahun 1977.Begitu juga di Tangshan, China tahun 1976 apabila banyak ular dijumpai mati di bawah batu-batan.

. Ular yang sepatutnya berhibernasi pada musim sejuk akan keluar dari tanah.
. Tiba-tiba ular ditemui di tempat tidak sewajarnya.

TINGKAH LAKU HAIWAN DUA ALAM

Tingkah laku ini sama seperti ular.Sebelum berlakunya gempa bumi di Tangshan, China pada tahun 1976, orang ramai ternampak beribu-ribu katak meninggalkan kawasan mereka.

. Katak yang berhibernasi seperti ular juga turut keluar dari permukaan tanah.
. Berjuta-juta katak berpindah.

TINGKAH LAKU HAIWAN MAMALIA

ANJING

Laporan kajian gempa do Kobe, Jepun, menyatakan tingkah laku anjing paling banyak direkodkan.Tindakan luar biasa anjing mudah dikesan kerana menjadi haiwan peliharaan yang rapat dengan manusia.Berdasarkan laporan tersebut,anjing akan berlarii tidak tentu arah.Kadangkala menjadi garang dan menyalak dengan nada sedih sebelum berlakunya gempa bumi.

KUCING

Sebelum gempa bumi, sebahagian besar kucing akan menghilangkan diri tanpa meninggalkan kesan.Seperti pepatah Jepun yang mengatakan `Sebelum gempa bumi,kucing akan berlari ke atas pokok', situasi ini pernah disaksikan penduduk.Malahan ada juga yang tidak berdiam diri, berlari-lari dan berpusing pada tempat yang sama sambil mengeluarkan bunyi bising.

TIKUS

Pada tahun 1923, sebelum kejadian gempa bumi di Kanto, dikatakan semua tikus di Tokyo telah hilang.Mengikut kajian terdapat kesan membuktikan fenomena ini berlaku.Ada juga yang mengatakan bahawa semasa gempa bumi, lebih mudah melihat tikus terjerat dan lari bertempiaran.


. Anjing bertukar menjadi garang.
. Kucing tidak berdiam diri dan memanjat ke atas pokok.
. Tikus tiba-tiba menghilangkan diri.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman terkena minyak panas (burn experience)

percubaan yang berlambak